Saturday, 16 September 2017


DUA 6022
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

"AMALAN SEMANGAT KEJIRANAN PENTING DALAM MENGURANGKAN KADAR JENAYAH SETEMPAT"

SESI JUN 2017
DTK 5A & 5B

PENSYARAH : USTAZ MARZUKI BIN SEPIAAIL
JABATAN : PENGAJIAN AM

AHLI KUMPULAN
1. MOHAMAD HALIM BIN ABDUL RAHMAN
(15DTK15F1033)
2. RADEN MUHAMMAD AMIRRULLAH BIN R NORAZARI
(15DTK15F1035)
3. MUHAMMAD KHAIRUL NAZHAN BIN KHAIRUL RIZAL
(15DTK15F1028)
4. SHAHRUL HAFIZ BIN ABDULLAH
(15DTK15F1048)
5. MUHAMMAD SHAZNI BIN ZAKARIA 
(15DTK15F1021)
6. MUHAMAD AFIQ BIN ABD RAZAK 
(15DTK15F1013)

ISI KANDUNGAN


NO

ISI KANDUNGAN

1.

Muka Hadapan

2.

Isi Kandungan

3.

Pengenalan dan Objektif

4.

Topik 1: KONSEP KEJIRANAN

5.

Topik 2: MELAKSANAKAN HAK-HAK KEJIRANAN

6.

Topik 3: APLIKASI HUBUNGAN KEJIRANAN

7.

Isi dan Huraian

8.

Kesimpulan

9.

Sumber Rujukan

10.

Lampiran


PENGENALAN & OBJEKTIF

PENGENALAN.

Hubungan kejiranan mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Ia juga boleh membentuk satu jaringan komuniti yang paling sempurna. Hubungan kejiranan ini juga turut mewujudkan interaksi sosial yang sempurna dan mampu menggalakkan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat. Jika disebut perkataan jiran sudah pastilah, makna mudahnya iaitu orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga. Hubungan kejiranan ini penting kerana ia melibatkan kerjasama dalam segala aspek khususnya aspek keselamatan setempat.

Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia adalah salah satu daripada cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam berkewajipan mengekalkan hubungan baik dan mesra sesama mereka. Ini kerana, ia memainkan peranan yang amat penting dalam menjana satu kehidupan setempat yang aman dan harmoni yang boleh memberi kemudahan, kelapangan dan jalan keluar bagi satu-satu kesulitan atau masalah. 


Tuntutan supaya menjalinkan hubungan baik sesama jiran dijelaskan dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud: 
``Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.'' (An-Nisa : 36 )


OBJEKTIF
  • Dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong - royong, majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan.
  • Membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Mengimbas kembali peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah - belah, negara akan musnah dan kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman.
  • Semangat kejiranan juga penting kepada negara kerana memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan 'Negara Maju Rakyat Sihat' menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang kekangan.
  • Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta.

TOPIK 1 : KONSEP KEJIRANAN

1.1 DEFINISI KEJIRANAN

i) Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.

ii) Dari segi istilah jiran adalah orang - orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara.

iii) Jiran juga bererti ahli - ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasullullah S.A.W iaitu :-

Maksudnya : "Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga".


1.2 PEMBAHAGIAN JIRAN.



1.3 PUNCA SEMANGAT KEJIRANAN SEMAKIN LUNTUR.

Pada zaman dahulu, hubungan sesama jiran sangat rapat, bak kata pepatah, hidup sandar-menyandar “seperti aur dengan tebing.” Pada zaman kini, hubungan sesama jiran renggang “bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”. Pelbagai punca yang menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur antaranya :-

i) Perubahan gaya hidup masyarakat sekarang yang terlalu sibuk mencari rezeki untuk menyara keluarga masing-masing. Kos sara hidup yang tinggi serta tekanan hidup dunia moden sering memaksa warga kota bekerja sepanjang hari. Sebagai akibatnya, mereka keletihan dan kesuntukan masa untuk bertegur sapa sesama jiran mereka.

ii) Kemajuan dalam bidang teknologi turut mempengaruhi kelunturan semangat kejiranan masa kini. Pada zaman sekarang., bidang teknologi semakin berkembang dengan maju dan pesat. Penggunaan media elektronik seperti telefon bimbit, televisyen dan komputer pada masa sekarang yang menyebabkan semangat kejiranan kini semakin hilang. Masyarakat sekarang terlalu asyik menggunakan kemudahan yang terdapat di sekeliling mereka yang tidak memerlukan mereka keluar rumah dan bersusah-payah untuk mendapatkannya.

iii) Arus pembangunan yang semakin pesat melanda negara kita juga menjadi punca semangat kejiranan semakin luntur pada masa kini. Dewasa ini, pembangunan negara berlaku dengan pesat sekali.Hal ini mengakibatkan semangat kejiranan semakin luntur kerana masyarakat akan menghabiskan masa terluang mereka dengan mengunjungi tempat-tempat seperti pusat beli-belah, taman-taman permainan dan juga pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan.

iv) Perbezaan dari segi bahasa sedikit sebanyak menghalang pembinaan hubungan mesra antara jiran. Contohnya, sebuah keluarga berbangsa India yang kurang fasih berbahasa Melayu sukar untuk berinteraksi dengan jirannya yang berbangsa Melayu telah menjadi batu penghalang kepada interaksi sosial antara dua buah keluarga yang berlainan keturunan ini. 

TOPIK 2 : MELAKSANAKAN HAK-HAK KEJIRANAN

2.1 HAK - HAK JIRAN.

Daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Ghazali di dalam kitab "Arbain Nawawi", Rasulullah S.A.W bersabda:

"Tahukah kamu apakah hak jiran tetangga?"
                                                                          (Al-Ghazali)

1. Jika ia meminta pertolongan daripada kamu, engkau akan menolongnya.

2. Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya.

3. Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.

4. Jika ia sakit, engkau akan menziarahinya.

5. Jika ia meninggal dunia, engkau akan turut menghantar jenazahnya.

6. Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya.

7. Jika ia tertimpa bahaya, engkau akan turut sedih bersamanya. 

8. Jangan sekali - kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk

    sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya.

9. Jika engkau beli buah - buahan, berikan sedikit kepadanya.


10. Jika engkau tidak mahu memberikanya maka hendaklah engkau memasukkan buah 

      buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan olehya dan janganlah
      membiarkan anakmu memakan buah - buahan itu dihadapan ananknya, kelak anak jiran
      itu akan menangis mahukan buah tersebut.

11. Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan

      memberikan sedikit daripada makanan itu.

2.2 AKHLAK TERHADAP JIRAN ANTARA MUSLIM DENGAN BUKAN MUSLIM.

a) Menghormati jiran dan pengalaman mereka (kehidupan mereka) selagi tidak membawa
     mudarat.

b) Tidak menyinggung perasaan jiran dan memelihara keamanan dengan jiran.

c) Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat.

d)membantu dan menolong mereka apabila berada dalam kesusahan.

e) Membeikan layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah
     dengan mereka.

2.3 ADAB BERJIRAN.


1Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenali dan hormat - menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim.

2. Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk. Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.

3. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.

4. Sentiasa merendahkan diri dan berlemah-lembut dengan mereka dan mengelak diri daripada bersikap takbur.

5. Sentiasa bersedia memberikan sebarang bentuk bantuan dan pertolongan yang diperlukan.

6. Menyayangi mereka seperti mana kita menyayangi diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi tidak bertentangan dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan perkara-perkara yang mereka tidak sukai.

7. Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadapi sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan,pelajaran, , kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.

8. Tidak memandang rendah dan saling menghina sesama jiran, sebaliknya hendaklah sentiasa hormat – menghormati dan berterima kasih terhadap apa jua pemberian, khidmat dan pertolongan yang diberikan.
  
9. Mengutamakan jiran yang terdekat rumahnya dengan rumah kita.Penetapan jiran terdekat ialah 40 buah rumah yang berada di sekeliling rumah kita, sama ada di kiri, kanan, hadapan dan belakang. Terdapat tiga kategori jiran :  

   i) Jiran muslim yang ada hubungan kekeluargaan, mereka mempunyai tiga hak iaitu
       sebagai jiran, keluarga dan seorang Muslim.

   ii) Jiran Muslim yang mempunyai dua hak, iaitu hak jiran dan hak seorang Muslim.

   iii) Jiran bukan Islam, yang mempunyai satu hak iaitu hak jiran.

10. Sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran. Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara rukun-rukun kebahagiaan ialah ‘jiran yang baik’.

11. Sentiasa memelihara diri agar tidak melakukan sebarang kesalahan dan kerosakan serta mencemar maruah dan diri jiran, termasuklah terhadap isterinya,anak-anaknya, harta bendanya dan lain-lain lagi.

12. Elakkan sikap terlalu suka mengambil tahu hal ehwal peribadi dan keluarganya, kecuali setelah mereka sendiri mengadu untuk mendapatkan bantuan kita untuk menyelesaikannya.

13. Bantulah mereka apabila mereka ditimpa kesusahan dan mala petaka,agar hati mereka menjadi tenang dan tenteram.

14. Rasakan kesusahan jiran seperti kesusahan yang kita tanggung sendiri dan zahirkan kegembiraan ketika mereka bergembira, sama ada ketika mendapat rumah baru, perabut baru, kelahiran anak baru, mendapat menantu dan sebagainya.  

15. Elakkan dari memerhatikan barangan atau apa sahaja yang dibeli atau yang dibawa pulang ke rumahnya.


16. Tidak cuai untuk menyeru mereka kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran dengan cara yang paling berhikmah

TOPIK 3 : APLIKASI HUBUNGAN KEJIRANAN

3.1 KEPENTINGAN HIDUP BERJIRAN.

Dalam konteks kejiranan, umat Islam berkewajipan mengekalkan hubungan baik dan mesra sesama mereka. Hal Ini kerana, ia memainkan peranan yang amat penting dalam menjana satu kehidupan setempat yang aman dan harmoni yang boleh memberi kemudahan, kelapangan dan jalan keluar bagi satu-satu kesulitan atau masalah. 

Bagi memantapkan hubungan kejiranan dalam masyarakat, maka semestinya terlebih dahulu kita menyedari keperluan dan kelebihan hidup berjiran. Di antaranya:

i) Bantuan ketika kecemasan.
  • Jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Segala perkara yang berlaku ke atas diri kita, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya terlebih dahulu diketahui oleh jiranJusteru, jiran adalah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan, kematian dan lain-lain.
ii) Menambah kenalan.
  • Mempunyai jiran yang berbeza latar belakang seperti pekerjaan, pendidikan, agama, bangsa, keturunan, budaya, adat resam dan sebagainya akan menambahkan lagi pengetahuan dan kenalan kita. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:-

          "Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan

            seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku
            supaya kamu saling mengenali.'' (Al-Hujurat : 13)

iii) Menjamin keselamatan setempat.
  • Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada sebarang ancaman kecurian, pecah rumah, penyalahgunaan dadah, penculikan, samseng dan sebagainya.
iv) Menjaga keharmonian masyarakat

  • Segala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama jiran. Gejala-gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak, dan banyak lagi kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa.
v) Menjaga kebajikan penduduk setempat

  • Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain, sudah semestinya dapat menjana satu program atau aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat.

vi) Memupuk perpaduan
  • Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam aman dan damai. Bagi mempastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal, ia perlu dimulai dengan hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat toleransi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka.
3.2 NILAI- NILAI YANG PERLU DITERAPKAN PADA KONSEP KEJIRANAN


a) Musadid ( Informasi )

- Menggunakan istilah " Jangan jaga tepi kain orang " .
- Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w , kita seharusnya saling mengambil berat 
  antara sesama muslim.

b) Muaddib ( Pendidik ) 

-  Hadith sahih riwayat Bukhari no. 5673 dan Muslim no 47,48 .
-  Sebaik-baik amal makhruf & mencegah kemungkaran itu ialah di dalam keluarga     
   sendiri  dan kemudian kepada jiran yang berdekatan.

c) Muwahhid ( Penyatu ) 

- Membantu dan berusaha mengurangkan beban jirannya yang kesusahan sekadar     
  kemampuannya.
- Hadith Sahih riwayat Bukhari dalam Abadul Mufrad no 112.

3.3 IMPLIKASI JIKA TIDAK BERADAP DENGAN JIRAN

i) Kehidupan tidak tenang.
ii)Menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat.
iii)Terpinggir daripada masyarakat.
iv)Sukar mendapat pertolongan ketika dalam kesusahan.
v)Negara akan menjadi mundur dan kucar-kacir.

ISI DAN HURAIAN


Meninjau skop yang lebih luas, tunggak utama untuk membangunkan semangat kejiranan ialah bermula daripada masyarakat yang prihatin. Pada realitinya, sesebuah masyarakat perlu menjalankan aktiviti yang selaras dengan usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian, masyarakat sesebuah kawasan mampu mewujudkan pelbagai inisiatif untuk menjadikan hubungan kejiranan semakin erat. Dalam konteks ini, perlaksanaan Rukun Tetangga boleh ditubuhkan di mana ia merujuk kepada program yang melibatkan masyarakat untuk bekerjasama dalam menjaga keamanan sesebuah masyarakat. Dalam hal ini juga, Rukun Tetangga boleh melibatkan anak-anak muda untuk kegiatan yang berfaedah ini daripada menghabiskan masa secara berfoya-foya yang boleh meruntuhkan akhlak mereka. Sesebuah masyarakat yang progresif menunjukkan bahawa masyarakat tersebut mempunyai nilai-nilai murni yang penuh dalam jiwa. Memang tidak dapat dinafikan pelaksanaan Rukun Tetangga boleh melahirkan individu yang bertanggungjawab seterusnya mampu membentuk masyarakat yang berjiwa murni. Dalam hal ini juga, ada sesetengah masyarakat mempertikaikan pelaksanaan seperti ini sama ada ia dapat berjalan lancar ataupun tidak. Memang wajarlah kita mempercayai bahawa masyarakat sebegini perlu diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak peringkat awal lagi.

Allah swt menyebut di dalam Al-Qur’an :-

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ

“Sembahlah Allah dan janganlah mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin , jiran tetangga yang berhubungan dekat atau yang jauh dan rakan teman..” (An-Nisa : 36).

Antara pekara yang dapat dicadangkan selain yang dinyatakan, penduduk kawasan perumahan perlu menganjurkan aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong untuk membersihkan kawasan kediaman. Yang paling nyata pada hari ini, aktiviti bergotong-royong masih lagi diamalkan dan memang wajar diamalkan oleh setiap penduduk. Dalam menempuh era berteknologi ini, kita dapat menyaksikan bahawa semangat bekerjasama dalam kalangan masyarakat semakin rapuh. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa aktviti kemasyarakatan sememangnya sedang menempuh cabarannnya. Hal ini kerana, untuk mendirikan sesebuah masyarakat yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan memerlukan kerjasama dan kerpercayaan antara penduduk. Oleh itu, kepercayaan dan kerjasama antara penduduk diperlukan untuk melancarkan aktiviti kemasyarakatan ini. Tegaslah bahawa masyarakat perlu menyedari amalan bekerjasama dalam menjalankan aktivit meliputi semua masyarakat memerlukan kerjasama dan kepercayaan penduduk yang  kukuh .


Tidak ada kusut yang tidak terlerai, tidak ada keruh yang tidak jernih. Oleh itu, kata sepakat seia sekata perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk berganding bahu melaksanakan langkah-langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Jika semua pihak berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, Insya-Allah langkah-langkah yang dilaksanakan akan memperbuahkan hasil yang lumayan dan jelas dilihat untuk tatapan masyarakat pada hari ini. Usaha yang dilaksanakan itu perlulah bersungguh-sungguh bak mutiara kata genggam bara api biar sampai jadi arang agar usaha ini bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam mehupun melepaskan batuk di tangga sahaja malahan menjadikan usaha-usaha ini sebagai pendorong untuk masyarakat berjaya dalam kemajuan sosial. Besarlah harapan kita untuk menyaksikan usaha-usaha ini memberi kesan yang berlarutan kepada masyarakat untuk diamalkan agar negara kita terus disegani dan dicontohi oleh masyarakat dunia.

KESIMPULAN


Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Selain itu, perpaduan juga adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan amalan nilai murni sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan. Oleh itu , semangat kejiranan memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.

Semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

SUMBER RUJUKAN


1. http://teamkl2017.blogspot.my/2017/09/kelebihan-hidup-berjiran.html (10.10 p.m 20/9/2017)

2. https://www.google.com/amp/s/bimbinganmukmin.wordpress.com/2011/06/08/melaksanakan-hak-hak-kejiranan/amp/ (07.35 p.m 29/9/2017)

3. http://mak-andak.blogspot.my/2014/01/adab-jiran-tetangga-menurut-islam.html?m=1 (5.57 p.m 23/9/2017)

4. http://fatientierah.blogspot.my/2017/03/akhlak-terhadap-jiran.html (9.03 p.m 30/9/2017)

LAMPIRAN




Masyarakat yang berbilang kaum dan agama bersama-sama merayakan setiap perayaan




Kejiranan bersama-sama bergotong royong memasak untuk kenduri 




Kejiranan bergotong royong mengemas kawasan kediaman




Kejiranan bergotong royong mengemas kawasan permainan dan kawasan perumahan










Orang yang berusia juga tidak terlepas menyertai aktiviti seperti ini







DUA 6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM "AMALAN SEMANGAT KEJIRANAN PENTING DALAM MENGURANGKAN KADAR JENAYAH SETEMPAT...