3.1 KEPENTINGAN HIDUP BERJIRAN.
Dalam konteks kejiranan, umat Islam berkewajipan mengekalkan hubungan baik dan mesra sesama mereka. Hal Ini kerana, ia memainkan peranan yang amat penting dalam menjana satu kehidupan setempat yang aman dan harmoni yang boleh memberi kemudahan, kelapangan dan jalan keluar bagi satu-satu kesulitan atau masalah.
Bagi memantapkan hubungan kejiranan dalam masyarakat, maka semestinya terlebih dahulu kita menyedari keperluan dan kelebihan hidup berjiran. Di antaranya:
i) Bantuan ketika kecemasan.
- Jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Segala perkara yang berlaku ke atas diri kita, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Justeru, jiran adalah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan, kematian dan lain-lain.
ii) Menambah kenalan.
- Mempunyai jiran yang berbeza latar belakang seperti pekerjaan, pendidikan, agama, bangsa, keturunan, budaya, adat resam dan sebagainya akan menambahkan lagi pengetahuan dan kenalan kita. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:-
"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang
lelaki dan
seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan
bersuku-suku
supaya kamu saling mengenali.'' (Al-Hujurat : 13)
iii) Menjamin keselamatan setempat.
- Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada sebarang ancaman kecurian, pecah rumah, penyalahgunaan dadah, penculikan, samseng dan sebagainya.
iv) Menjaga keharmonian masyarakat
- Segala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama jiran. Gejala-gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak, dan banyak lagi kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa.
v) Menjaga kebajikan penduduk setempat
- Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain, sudah semestinya dapat menjana satu program atau aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat.
vi) Memupuk perpaduan
- Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam aman dan damai. Bagi mempastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal, ia perlu dimulai dengan hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat toleransi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka.
3.2 NILAI- NILAI YANG PERLU DITERAPKAN PADA KONSEP KEJIRANAN
a) Musadid ( Informasi )
- Menggunakan istilah " Jangan jaga tepi kain orang " .
- Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w , kita seharusnya saling mengambil berat
antara sesama muslim.
b) Muaddib ( Pendidik )
- Hadith sahih riwayat Bukhari no. 5673 dan Muslim no 47,48 .
- Sebaik-baik amal makhruf & mencegah kemungkaran itu ialah di dalam keluarga
sendiri dan kemudian kepada jiran yang berdekatan.
c) Muwahhid ( Penyatu )
- Membantu dan berusaha mengurangkan beban jirannya yang kesusahan sekadar
kemampuannya.
- Hadith Sahih riwayat Bukhari dalam Abadul Mufrad no 112.
3.3 IMPLIKASI JIKA TIDAK BERADAP DENGAN JIRAN
i) Kehidupan tidak tenang.
ii)Menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat.
iii)Terpinggir daripada masyarakat.
iv)Sukar mendapat pertolongan ketika dalam kesusahan.
v)Negara akan menjadi mundur dan kucar-kacir.
No comments:
Post a Comment